Kad Video Motion · Malaysia

Kad Jemputan Video Motion untuk Semua Majlis

Setiap kad Jemputt.my bermula dengan video motion. Tetamu buka pautan, video main, kemudian butiran majlis muncul. Ini pengalaman jemputan yang paling berkesan di WhatsApp.

Kenapa video motion?

Kad statik hanya menunjukkan gambar dan tulisan. Kad video motion pula membawa suasana majlis, wajah pasangan, gambar pra-perkahwinan, dan muzik latar yang sesuai. Untuk hari besar korang, kad jemputan patut setanding dengan majlis itu sendiri.

Lagi ramai tetamu buka di WhatsApp

Video terus muncul sebagai thumbnail dalam chat, jadi lebih menarik perhatian berbanding link kad statik biasa.

Kesan pertama yang lebih kuat

Video 10–30 saat sebelum kad dibuka menyampaikan emosi majlis korang dengan lebih baik daripada teks je.

Semua ciri kad statik masih ada

Selepas video habis, kad penuh terbuka dengan RSVP, lokasi, kalendar, Money Gift dan butang hubungi.

Nota teknikal: Kad video Jemputt.my menggunakan pendekatan live-frame intro, video sebenar (bukan gambar statik) berfungsi sebagai muka kad, dengan butang buka jemputan yang memenuhi seluruh skrin supaya pengalaman di telefon lebih lancar.

11 Contoh Kad Jemputan Video Motion

Buka pautan mana-mana kad di bawah. Video akan main, kemudian kad statik dengan RSVP, lokasi dan Money Gift muncul. Semua kad sesuai dibuka dari telefon.

Bagaimana ia berfungsi

Korang tak perlu ada video sendiri. Korang pilih pakej dan tema, dan kami hasilkan video motion untuk korang, sudah termasuk dalam harga pakej.

  1. Pilih pakej. Basic RM79, Advance RM99, atau Premium RM129, setiap satu sudah termasuk video motion.
  2. Hantar butiran majlis. Nama pasangan, tarikh, lokasi, tema pilihan, dan mana-mana gambar yang korang nak kami masukkan.
  3. Kami hasilkan video korang. Video motion disediakan berdasarkan pakej yang dipilih, padankan warna, tema, dan susunan kad dengan majlis korang.
  4. Semak draf. Korang terima pautan draf di WhatsApp untuk semak sebelum dihantar kepada tetamu.
  5. Hantar kepada tetamu. Kongsi satu pautan pada WhatsApp, Telegram, Instagram, atau e-mel.
Sudah ada video sendiri? Boleh juga. Hantar video korang (MP4 potret 9:16, 10–30 saat) dan kami akan sesuaikan ke dalam kad, dengan RSVP, lokasi, Money Gift dan semua ciri pakej yang korang pilih. Korang dapat pautan siap dalam 1–2 hari.

Bersedia untuk kad video korang?

Basic RM79 · Advance RM99 · Premium RM129. Tiada caj bulanan. Draf siap 1–2 hari.

Buka WhatsApp